Monday 2 May 2016

Monolog Diri



Dulu masa masih kecil, seringkali aku dengar yang hidup ini semakin complicated bila umur manusia makin meningkat. Pernah dulu aku gelakkan perubahan pada kakak aku bila mereka meningkat dewasa dan aku masih bingung dengan perubahan physical yang agak berbeza. Tidak aku tahu bahawa manusia bukannya dari physical sahaja boleh berubah, tapi segalanya mula dan akan berubah bila umur semakin meningkat. Cuma dulu aku masih kecil, kebingunganku terhadap sesuatu tidak pernah terjawab sehinggalah aku sendiri melalui segala pentas kehidupan seorang manusia.

Aku seorang gadis yang berasal dari kampung. Dari kecil hidup ku hanya di hiasi dan di penuhi dengan kesoronokan di kala bermain dengan kawan-kawan kecil yang lain. Sudah menjadi satu rutin harian aku dan adik-adik ku, pulang dari sekolah pergi kelas mengaji Al-Quran dan selepas itu, berseronok dengan bermain masa-masak. Kesoronakan yang tidak dapat di lakarkan bila menjadi seorang kanak-kanak. Tiada pernah aku fikir, bahawa penatnya hidup menjadi seorang manusia dewasa, kerana sebagai seorang kanak-kanak, menjadi besar, mencapai satu, malah dua atau tiga cita-cita, berkahwin dengan prince charming adalah satu dongeng yang terindah. Tapi itu hanya lah sekadar fairytale dalam kisah kanak-kanak ku.

Ujian-ujian demi ujian aku redah untuk meningkat dewasa, alhamdulillah Tuhan masih memberi ku secangkir ketabahan. Tidak pernah aku inginkan satu bebanan yang besar sebegini, hidup berjauhan keluarga, dengan ma dan abah seolah-olah membunuh hati kecil ku ini. Apakan daya ini lah hidup, hidup harus diteruskan. Cita-cita perlu aku kejar. Aku harus keluar dari pendirian aku yang sentiasa mahu dimanjakan, dibelai oleh ibu dan ayah. Aku sudah besar, hidup ku perlu diteruskan. Malah masa depanku, menunggu ku untuk dibentuk. Aku perlu menjadi seorang anak yang berjasa. Pesan ibu dan ayah selalu bermain di fikiran aku. Kejayaan aku adalah satu kebahagian untuk mereka. Mereka terlalu berharap untuk melihat semua anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat. Aku tabah.

Kaki ku melangkah berat untuk meninggalkan laman rumah, air mata menjunam-junam keluar. Pelukan dan ciuman dari mereka masih hangat di pipiku. Aku mula lemah untuk meneruskan langkah, aku tidak mampu untuk meninggalkan mereka. Allahu!


4tahun telah berlalu, alhamdulillah, kini aku hampir menyempurnakan kewajipan aku sebagai seorang pelajar. Insyaallah, pengajian ijazah aku akan selesai tidak lama lagi.
Aku ingin berlari pulang membawa sekalung ijazah untuk mereka. Inginku peluk dan cium mereka sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku di kala susah dan senang. 

No comments:

Post a Comment